Latar belakang Kementerian_Sains,_Pendidikan_dan_Kebudayaan_Reich

REM adalah pengganti kepada bekas Preußisches Ministerium für Wissenschaft, Kunst und Volksbildung (Kementerian Sains, Seni dan Kebudayaan Prusia), mewujudkan buat pertama kalinya di Jerman sebuah institusi berpusat dan tersusun dalam mengawal sektor pendidikan Reich. Pada tahun 1934, REM mengambil alih pengawasan kolej-kolej dan universiti-universiti di Jerman dari Reichsinnenministerium (Kementerian Dalam Negeri Reich), serta institusi penyelidikan seperti Physikalisch-Technische Reichsanstalt (singkatan PTR; terjemahan: Institut Fizikal dan Teknikal Reich.); hari ini, PTR dikenali sebagai Physikalisch-Technische Bundesanstalt.[1]